Merujuk kepada masalah GSTT setahun yang tidak berjaya untuk mengikuti
kursus perguruan, bertindak atas nama Persatuan GSTT Malaysia (PGM), saya
selaku Timbalan Pengerusi PGM telah melakukan beberapa usaha bagi mencapai
hasrat kita semua untuk sama-sama mengikuti kursus seperti rakan-rakan lain
yang telah berjaya melanjutkan pengajian. Antara usaha yang telah dilakukan
ialah:
26 September 2012
Perjumpaan dengan En. Saiful Azhar (Setiausaha Sulit Perdana Menteri)
* Beliau
merupakan Setiausaha Sulit Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak
* Perjumpaan
tersebut telah diadakan di Jabatan Perdana Menteri, Putrajaya
* Ahli yang
terlibat dalam perjumpaan tersebut ialah saya sendiri.
* Menurut En.
Saiful Azhar, beliau akan bawa isu ini kepada pihak atasan untuk perhatian yang
sewajarnya.
* Walau
Bagaimanapun, kami tidak mendapat sebarang maklum balas selanjutnya selepas
perjumpaan tersebut dan gagal untuk menghubungi beliau.
7 November 2012
Kunjungan untuk berjumpa Encik Shamsuri Jamil (Setiausaha Sulit kepada Menteri
Pelajaran Malaysia)
* Beliau
merupakan Setiausaha Sulit kepada Menteri Pelajaran Malaysia Tan Sri Muhyiddin
Yassin
* Kunjungan
tersebut bertempat di Kementerian Pelajaran Malaysia, Putrajaya
* Ahli yang
terlibat dalam pertemuan tersebut ialah saya, Fiza dan Faizal.
* Walau
Bagaimanapun, kami kurang bernasib baik kerana tidak dapat bersemuka dengan
beliau disebabkan beliau sedang berada di luar negeri ketika itu.
28 November 2012
Cubaan kali kedua untuk berjumpa dengan Encik Shamsuri Jamil
* Temujanji telah
diaturkan bersama beliau untuk mengadakan perjumpaan di pejabatnya pada pukul 3
petang.
* Ahli yang
terlibat ialah saya dan Fiza.
* Setibanya di
KPM, kami dimaklumkan beliau tiada di pejabatnya dan tidak dapat memenuhi
permintaan tersebut disebabkan urusan mesyuarat di PWTC dan beliau memohon
maaf.
Hari yang sama, 5.15 PM di PWTC)
* Walaupun
demikian, saya terus ke PWTC walaupun tidak memaklumkan kepada beliau terlebih
dahulu tentang hasrat untuk berjumpa beliau di sana.
* Ahli yang
terlibat ialah saya sendiri.
* Saya berpeluang
berjumpa dengan beliau setelah menunggu beliau selesai urusan mesyuarat.
* En. Shamsuri
turut mengundang rakan sekerja beliau iaitu En. Amran dalam perbincangan
tersebut.
* Dalam
perbincangan tersebut, saya telah mengemukakan beberapa bukti ucapan dan janji
kerajaan bagi menyerap kesemua 13,000 GSTT.
*Beliau akan cuba
sebaik mungkin kerana melihat tindakan ini merupakan suatu usaha dari PGM.