Tuesday, 7 August 2012

Kedinginan Malam Lailatul Qadr

Malam lailatul Qadr kebiasaanya tiba pada 10 malam terakhir Ramadhan terutamanya malam-malam ganjil. Justeru muslimin muslimat digesa untuk menghidupkan malam-malam ini dengan pelbagai program yang berunsurkan kerohanian seperti solat Isya' berjemaah, solat sunat terawih sempurna mengikut imam, Qiamulail dan solat subuh berjemaah. Pahalanya adalah seperti pahala untuk 1000 bulan. Semoga kita sebagai orang muslim dapat menghadirkan diri dalam malam lailatul Qadr ini. INSYAALLAH